Kucing Mampu Menyelamatkan Anda Dengan Serangan Ular Dan Tikus

Kucing sering dilihat haiwan yang manja, gebu, aktif dan sangat peramah.

Haiwan peliharaan ini dianggap sekadar penghibur hati dan peneman untuk manusia.

Tetapi, tidak ramai yang mengetahui kucing juga merupakan seorang pelindung untuk manusia dan bayi.

Walaupun berbulu gebu, wajahnya comel, dan bertubuh kecil tetapi tersembunyi jiwa seorang wira.

Oleh itu, mari kita lihat rahsia seekor kucing disebalik kecomelan dan kenakalannya.

Meramal cuaca

Menurut seorang pakar haiwan, Konrad Lorenz, kucing mempunyai deria yang istimewa.

Kucing mampu meramal cuaca sama ada cuaca akan menjadi buruk ataupun baik pada hari tersebut.

Jika anda melihat kucing anda tiba-tiba bersembunyi dibelakang peti sejuk atau di mana-mana sahaja, mungkin kucing anda sedang bersedia untuk cuaca yang buruk.

Anda juga perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan jika melihat perkara ini.

Menangkap dan membunuh ular

Mempunyai kucing didalam rumah, semestinya kucing akan memastikan tiada ular yang dapat memasuki kawasan rumah anda.

Kucing tahu akan bahaya ular, oleh sebab itu mereka sanggup mengambil risiko untuk membunuhnya.

Walaupun manja, garang juga kucing ini bukan?

Kucing mempunyai kepantasan dan fleksibiliti badan yang kelebihan kepada si manja untuk menyerang ular.

Menurut laporan Sinar Harian pada 10 Februari 2015, tujuh kucingnya tiba-tiba berkumpul dan memerhatikan sesuatu dibawah kerusi buruk.

Menyedari hal itu, tuannya iaitu Azman Zaidin turut melihat dan rupa-rupanya seekor ular tedung sedang berehat di tempat tersebut.

Kucing-kucingnya cuba memberitahu sesuatu kepada tuannya dengan cara berkumpul dan duduk pada kerusi buruk itu.

Walaupun tidak membunuh ular tersebut, tetapi si kucing ini bersedia untuk menangkapnya.

Kucing boleh menyelamatkan nyawa

Pelbagai kisah dan video telah kita tonton tentang si kucing yang menyelamatkan manusia.

Kucing boleh dianggap seperti hero walaupun tubuhnya yang kecil.

Si kucing yang suka dibelai ini, rupa-rupanya mempunyai jiwa yang berani.

Pada Mei 2014, Tara seekor kucing telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang diserang seekor anjing secara tiba-tiba.

Tara menyerang semula anjing tersebut dan menghalaunya sehingga anjing itu berlari ketakutan.

Penjaga bayi

Tahukah anda, kucing boleh menjaga bayi anda?

Sifat semulajadinya yang lembut mungkin menjadi faktor utama mereka rapat dengan bayi.

Mereka boleh bermain, berjalan malah tidur bersama-sama seperti teman rapat. Kucing sangat memahami kanak-kanak kecil.Kenakalan mereka akan dilayani kucing dengan penuh kemesraan.

CREDIT TO LENTERA EMAS, ERA BARU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *