Kucing Memeluk Erat Pemiliknya Yang Asal Kerana Terlalu Merinduinya..

Adalah menjadi perkara biasa apabila seorang pemilik kucing yang penyayang akan berasa risau dan resah apabila memikirkan adakah kucing mereka juga akan merasa begitu dan mengambil berat akan tuannya seperti mana tuan mereka mengambil berat.

Adakah kucing itu akan mengingati pemilik asalnya apabila ia diserahkan kepada pemilik lain dan menyebabkan kedua-duanya terpisah. Dikatakan kucing mempunyai reputasi untuk melupakan pemilik asalnya. Adakah tanggapan ini benar?

Bagi Ono-san, seorang warga emas dari Jepun berusia 63 tahun yang tinggal di Saitama, beliau berperasaan seperti itu apabila terpaksa berpisah dengan kucingnya Ku-chan yang kini berusia 10 tahun kerana beliau tidak sihat dan memerlukan rawatan di hospital. Dua tahun kemudian mereka akan dipertemukan kembali.

Ono-san telah memelihara Ku-chan semenjak ia masih anak kucing yang kecil sebesar tapak tangannya. Malangnya Ono-san terpaksa berpisah dengan Ku-chan semasa usianya 8 tahun.

Sebuah syarikat makanan kucing telah membuat satu rakaman secara eksperimentasi bagi menunjukkan sama ada seekor kucing masih boleh mengenali suara pemilik asalnya setelah berpisah sekian lama.

Suara Ono-san telah dirakam dengan memanggil nama Ku-chan bersama tiga suara orang yang tidak dikenali oleh Ku-chan.

Ketiga-tiga suara itu memanggil Ku-chan dan ia tidak memperdulikan semua suara itu. Tetapi apabila suara Ono-san telah diperdengarkan kepada Ku-chan, dengan serta-merta ia mengangkat badannya dan membesarkan telinganya.

Ku-chan tahu akan suara Ono-san dan ini membuktikan yang Ku-chan tiada masalah untuk mengenalpasti suara pemiliknya yang asal yang telah bersamanya sejak ia dilahirkan.

Walaupun telah terpisah selama dua tahun, Ku-chan tidak pernah melupakan pemilik asalnya, Ono-san dan warga emas ini berasa sangat gembira dan bangga dengan ingatan Ku-chan terhadapnya.

Ono-san berkata dengan perasaan tersentuh, “Saya berasa lega, sangat lega. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya rindukan Ku-chan.”

Akhirnya, Ono-san dan Ku-chan telah dipertemukan dalam satu pertemuan menyentuh hati setelah dua tahun mereka terpisah. Tidak diketahui sama ada Ono-san kembali mengambil Ku-chan atau ia kembali ke Sendai dengan pemiliknya kini.

Ono-san dan Ku-chan telah terpisah sejauh 200 batu jaraknya selama dua tahun. Diharapkan mereka boleh kembali bersama.

Rakaman Ku-chan ini membuktikan yang seekor kucing tidak akan melupakan pemilik asalnya.

CREDIT TO ERA BARU, LENTERA EMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *