Kucing ini meratapi pemergian pasangannya yang telah terkorban akibat kemalangan, sungguh sayu melihatnya!

Sama seperti manusia, haiwan juga mudah tersentuh apabila kehilangan pasangan tersayang.

Seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook yang dipanggil Show Lin, keluarganya mempunyai tabiat memberi makan kepada kucing jalanan sejak sekian lama. Salah seekor kucing jalanan yang mereka beri makan dikenali sebagai Xiaohua, yang bermaksud bunga kecil dalam bahasa Cina.

Keluarga Show Lin menunjukkan rasa simpati dan seronok memberi makan kepada kucing jalanan.

Pada suatu hari, keluarga ini mendapati pasangan Xiaohua secara tidak sengaja telah dilanggar oleh sebuah kereta dan terkorban. Setelah menyedari insiden tersebut, anggota keluarganya dengan segera telah mengambil dan meletakkan bangkainya di tepi jalan sementara memanggil pekerja perkuburan haiwan untuk membantu menguburkan kucing tersebut.

Keluarga Show Lin bersedih dengan kematian kucing jalanan itu tetapi mereka tidak pernah membayangkan betapa sakit dan sayunya hati Xiaohua dengan pemergian pasangannya itu. Semasa sedang menunggu perkhidmatan pengebumian haiwan itu tiba, keluarganya mendapati Xiaohua telah duduk di hadapan kotak yang menempatkan bangkai pasangannya sambil menundukkan kepalanya.

Xiaohua dilihat sedang mengiau dengan kuat seperti berbunyi jeritan ratapan dan menangis di hadapan kotak itu. Dia amat bersedih sambil terus duduk di situ menemani pasangannya sehingga saat terakhir.

Selepas rakaman video pendek Xiaohua menangis telah dimuat naik ke halaman media sosial, para netizen telah mengucapkan takziah dan memberi komen betapa sedih dan sayunya hati mereka apabila melihat kejadian menyayat hati itu.

“Ini amat menyayat hati. Kucing ini mesti sangat patah hati dengan kematian pasangannya. Dia menangis,” kata salah seorang netizen.

Selepas kejadian yang menyedihkan ini, Show Lin menekankan bagaimana dunia di luar sana adalah tempat yang berbahaya bagi kucing-kucing jalanan dan terbiar. Beliau berharap para pemandu kenderaan dapat memberi perhatian dengan lebih berhati-hati kepada haiwan kecil yang comel ini semasa memandu di jalan raya.

Tonton rakaman video yang menyayat hati ini di bawah.

CREDIT TO ERA BARU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *