Selepas Halau Kucing, Allah Balas Dengan Kerugian RM 25,000

JASIN: Seorang peniaga wanita kerugian lebih RM25,000 selepas beg tangan berisi barangan kemas dan wang tunai dilarikan di rumahnya di Kampung Sempang, Merlimau di sini, semalam.

Wanita berusia 51 tahun yang juga pengusaha kantin itu hanya menyedari kehilangan beg tangannya kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati kali terakhir wanita itu memegang beg tangannya ketika pulang daripada makan pada malam kejadian, kira-kira jam 11.30 malam.

“Sejurus tiba di rumah, wanita itu yang melihat seekor kucing berada di beranda rumahnya, meninggalkan beg tangannya di atas kerusi dan menghalau haiwan berkenaan.

“Selepas menghalau kucing, dia terus masuk rumah dan terlupa untuk mengambil semula beg tangan yang diletak di atas kerusi di beranda rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beg itu mengandungi seutas rantai kaki, loket, cincin emas yang bernilai RM22,900 dan wang tunai RM3,040.

Arshad berkata, suspek dipercayai masuk ke beranda rumah mangsa dan mengambil beg berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kucing m ati diracun meningkat 21 ekor

KUANTAN: Jumlah kucing peliharaan Muhammad Nor Fiqry Zahari atau lebih dikenali sebagai Babah Conan yang m ati akibat diracun di rumahnya di Lorong Seri Mahkota, di sini, meningkat kepada 21 ekor sehingga hari ini.

Muhammad Nor Fiqry yang memiliki 60 kucing menjangkakan jumlah itu meningkat berikutan ada kucing yang masih lemah, sakit serta tidak mahu makan.

Beliau berkata, pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang turut melawat ke rumahnya hari ini untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku.

“Saya berterima kasih kepada pegawai JPV yang datang. Malah mereka turut memberi nasihat mengenai penjagaan kucing serta turut memberi ubat kepada kucing yang sakit.

“Pihak JPV turut mengambil sampel dan mayat kucing yang baharu mati bagi dibawa ke makmal untuk proses ujian selanjutnya,” katanya.

Selasa lalu, Muhammad Nor Fiqry sebalik pulang dari rumahnya mendapati beberapa ekor kucingnya kepala ayam dan mendapati ada cecair seperti bahan kimia.

Beliau juga mendakwa ketika itu semua pintu serta pagar berkunci, manakala kira-kira 60 ekor kucing yang dibela berada di dalam rumah.

Akibat kejadian itu mengakibatkan kira-kira 17 ekor kucingnya mati secara berperingkat bermula pagi kelmarin sehingga semalam.

Muhammad Nor Fiqry juga berkata, fokus saya ketika ini terhad kepada penjagaan dan memulihkan kucing yang sakit dengan mengikut langkah yang sepatutnya selepas mendapat khidmat nasihat pegawai JPV.

CREDIT TO BERITA HARIAN, LENTERA EMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *