‘Zalimnya Kau’ – Anak Kucing Hampir M ati Lemas Dibungkus Dalam Kotak Sebelum Dibuang

HULU SELANGOR – Seekor anak kucing hampir m ati lemas dalam kotak setelah dibungkus oleh seorang individu dipercayai tuannya, sebelum dibuang di hadapan sebuah premis di Batang Kali, semalam.

Tindakan individu terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berhampiran dimuat naik ke laman Facebook oleh Fahimi.

“Owner dia memang otak letak kat lutut ke apa? Bungkus kucing ini macam bungkus nak hantar ke Pos Laju. Lain kali nak buang kuang, jangan sampai macam ini. Sudahlah diikat kotak itu semua sampai tak bernafas kucing ini.

“Nasib baik ada satu hamba Allah yang terjumpa kotak kucing ini. Kalau dibiarkan, m ati kucing ini tak bernafas. Lain kali guna otak sikit ya. Tahulah haiwan tetapi jangan otak kita pun sama macam haiwan juga,” kata Fahimi.

Menurutnya lagi, kucing itu dibungkus dalam kotak berserta dengan makanan sebelum ditutup rapi dengan pita pelekat.

Ini la owner kucing tu tapi x nmpk muka tolong viralkan

Posted by Fahimi Sazali on Selasa, 29 November 2016

Kepada mereka yang membela kucing, usahlah buang kucing merata-rata. Jika tidak mampu membela mereka lagi, iklankanlah di laman PetFinder agar mereka dapat terus dibela oleh individu yang benar-benar menyayangi haiwan kesayangan nabi itu.

CREDIT TO THE REPORTER, LENTERA EMAS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *